Friday

PERSOALAN

Dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan di bawah dalam KURSUS PELABURAN SAHAM - KONSEP DAN STRATEGI;

  • Ada yang berkata "buy on weakness, sell on strenght" bermaksud beli ketika harga jatuh dan jual ketika harga naik...namun ada yg mengatakan "trend is friend" bermaksud beli ketika harga tinggi dan jual ketika harga naik lebih tinggi ...kenyataan-kenyataan tersebut nampaknya bertentangan antara satu sama lain...tidakkah anda keliru?  
  • "downtrend" dan "technical correction", kedua-duanya menunjukkan harga yang sedang menurun. "Downtrend" dikatakan penurunan yg dijangka berterusan, manakala "technical correction" dikatakan penurunan yang bersifat sementara. Perlunya kita mengetahui samada penurunan itu berterusan atau sementara kerana ia akan membantu kita dari segi masa yang tepat untuk membeli dan menjual.  Bagaimana anda ingin mengenali samada penurunan tersebut akan berterusan (downtrend) atau sementara (technical correction)? 
  • Mengetahui "business model" adalah mustahak sebelum membeli sesuatu saham untuk pelaburan, ini kerana "buy share mean buy business"...apakah "business model" untuk FGV, AirAsia, DRB dll...apakah yang dimaksudkan dgn "business model" itu?
  • Ahmad memegang saham YZ Berhad hampir setahun tetapi tidak mendapat dividen. Borhan yang faham tentang selok belok pelaburan saham membeli dan memegang saham selama sehari (overnight) sahaja tetapi layak mendapat dividen yang diisytihar dan diagihkan oleh syarikat. Mengapa Borhan layak mendapat dividen tetapi Ahmad tidak...sedangkan Ahmad memegang dalam tempoh yang jauh lebih lama?
  • Pakar-pakar pelaburan mengkategorikan saham mengikut kategori-kategori seperti growth stock, income stock, cyclycal stock, defensive stock, speculative stock, blue chip stock dan lain-lain. Di atas papan bursa saham ia tidak ditandakan mengikut kategori tersebut dan pastinya pelabur tidak mengenali. Namun ia adalah satu kelebihan jika seseorang pelabur boleh mengenali kategori sesuatu saham itu. Ini kerana saham berkenaan memerlukan strategi dan ketepatan masa yang berbeza dalam suasana pasaran dan ekonomi yang berbeza.  Apakah kategori saham yang sepatutnya anda beli ketika berlaku kelembapan ekonomi dan kemuncak ekonomi? Disektor manakah terletaknya saham-saham berkenaan?
  • Pesanan dari seorang legenda pelaburan saham bernama Warrent Buffet, penting seorang pelabur mematuhi peraturan ini...rule no. 1 - do not loose, rule no. 2 - do not forget rule no. 1...namun begitu dalam kemelesetan ekonomi tahun 2008 beliau sendiri telah menjual sebahagian saham-sahamnya dalam keadaan rugi dan melancarkan "switch straegy". Maka itu apakah yang dimaksudkan oleh beliau dalam pesanannya?
  • Buy signal dan sell signal dalam analisa teknikal adakalanya tulen dan adakalanya palsu. Kegagalan mengenal pasti yang mana tulen dan yang mana palsu akan memerangkap pelabur/trader. Bagaimana untuk mengesan yang tulen dan yang palsu?
  • Seorang pelabur mendapati harga saham yang dipegang telah meningkat sebanyak 100 peratus pada hari berkenaan berbanding harga semalam, lalu beliau meminta remisier menjualkannya kerana beliau mendapati akan mendapat keuntungan lumayan dengan bertindak demikian. Bagaimanapun dua hari kemudian pelabur tersebut telah dimaklumkan bahawa beliau telah menjual melebihi dari jumlah saham yang sedia ada dan didapati jumlahnya berkurangan sebanyak separuh daripada jumlah asal. Harapan beliau untuk mendapatkan keuntungan telah bertukar menjadi rugi. Mengapa beliau rugi? Jumlah saham yang kurang separuh itu sebenarnya bukan kehilangan tetapi persoalannya kemanakah perginya?
  • dan banyak lagi yang anda akan ketahui..... 

No comments:

Post a Comment