Saturday

PROFIL SPEAKER


SABRI JALIL, pemegang ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya (1989), kini adalah Ketua Urusniaga Saham (Head of Dealing) dan juga  Wakil Peniaga Saham Berlesen di  Kenanga Investment Bank Berhad, Muar, Johor. Dengan jawatan kini, selain pembangunan perniagaan beliau bertanggungjawab menasihati pelabur dalam hal ehwal pelaburan saham.

Pengalaman beliau dalam industri pasaran saham ialah selama 17 tahun dimana beliau mula menceburi pada April 1996 sehingga kini.

Memulakan kerjaya di sebuah syarikat antarabangsa, ST Microelectronic Sdn Bhd,  di Muar sebagai Penyelia Pengeluaran pada tahun 1990 sehingga 1992.

Tahun 1993 telah menyertai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai Eksekutif Pemasaran yang bertanggungjawab mengembangkan pemasaran akhbar dan majalah untuk wilayah pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Tahun  1995 pula beliau diberi tanggungjawab untuk membangunkan pemasaran untuk wilayah selatan (Johor dan Melaka).

Akhir tahun 1995 beliau menyertai Batek Malaysia Berhad (anak syarikat Mara Holdings) sebagai Pengurus Pemasaran sehingga bulan April pada tahun yang sama, dimana beliau memasuki industri pasaran saham dengan Kenanga Investment Bank Berhad cawangan Johor Bahru (dulu dikenali sebagai Peninsula Securities Sdn Bhd) sebagai Wakil Peniaga Saham Berlesen.

Tahun 2008 menyertai OSK Investment Bank Berhad (Johor Bahru) sebagai Assistant Vice President.       Bagaimanapun pada tahun yang sama menyertai semula Kenanga Investment Bank Berhad sehingga kini.

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar sambilan pada tahun 2008 di Wawasan Open University  kampus cawangan Johor Bahru dengan pengkhususan dalam bidang ekonomi makro.

Hasil penglibatan dalam kerjaya dari awal hingga kini, memberi beliau pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan perniagaan/pemasaran dan khidmat nasihat pelaburan saham. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas (10 tahun) dalam pengurusan organisasi termasuk NGO kerana penglibatannya dalam pertubuhan belia.

Tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tebrau. Pada tahun 2003 pula dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat beliau telah berjaya membantu Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang antara yang paling disegani di Negeri Johor sehingga mengundur diri pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment