Wednesday

ISI KANDUNGAN KURSUS

Konsep Dan Istilah-Istilah Dalam Pasaran Saham

  • Kefahaman tentang konsep-konsep dan istilah-istilah yang wajib difahami oleh bakal pelabur dan pelabur. 
  • Kefahaman tentang aktiviti-aktiviti korporat seperti terbitan hak, terbitan bonus, pecahan saham, penyatuan saham – apakah kesannya terhadap harga saham? Dan apakah yang perlu pelabur lakukan?
Penilaian Saham (Secara Fundamental)
  • Menilai sesuatu saham adalah mustahak sebelum membeli saham sama seperti anda perlu membuat penilaian sebelum membeli rumah. 
  • Membeli saham yang kukuh dari segi kewangan adalah mustahak kerana saham seperti ini akan meningkat semula bila berlaku kejatuhan pasaran. 
  • Peserta kursus akan diterangkan bagaimana dan apa kriteria yang perlu diambil kira dalam menilai saham.
  • Peserta juga akan didedahkan bagaimana untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan mudah.
Analisa & Strategi Teknikal
  • Analisa teknikal akan memberi isyarat kepada pelabur tentang masa terbaik untuk membeli dan menjual saham.
  • Peserta akan diajar cara mudah untuk membaca dan memahami carta & petunjuk teknikal (5 petunjuk teknikal yang popular) bagi mendapatkan "buy signal" dan "sell signal" yang dicetuskan oleh sesuatu carta/petunjuk teknikal. 
  • 5 petunjuk teknikal ialah SMA, MACD, RSI, Stochastic dan RSI

  • Analisa trend, satu kaedah mudah yang perlu dikuasai oleh pelabur. Dengan menguasainya pelabur akan dapat mengesan trend yang sedang meningkat, menurun atau mendatar dan memberi kelebihan kepada pelabur tentang masa terbaik untuk membeli dan menjual dalam jangka masa pendek dan sederhana, malah memberi panduan kepada pelabur untuk bertindak lebih awal. 
Online Trading
  • Peserta akan ditunjukan bagaimana melaksanakan urusniaga secara online disamping akan diajar bagaimana mencari maklumat-maklumat penting tentang syarikat dan carta-carta melalui portal.
  • Portal yang disediakan ialah www.kentrade.com.my 


No comments:

Post a Comment