Friday

PERSOALAN

Dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan di bawah dalam KURSUS PELABURAN SAHAM - KONSEP DAN STRATEGI;

  • Ada yang berkata "buy on weakness, sell on strenght" bermaksud beli ketika harga jatuh dan jual ketika harga naik...namun ada yg mengatakan "trend is friend" bermaksud beli ketika harga tinggi dan jual ketika harga naik lebih tinggi ...kenyataan-kenyataan tersebut nampaknya bertentangan antara satu sama lain...tidakkah anda keliru?  
  • "downtrend" dan "technical correction", kedua-duanya menunjukkan harga yang sedang menurun. "Downtrend" dikatakan penurunan yg dijangka berterusan, manakala "technical correction" dikatakan penurunan yang bersifat sementara. Perlunya kita mengetahui samada penurunan itu berterusan atau sementara kerana ia akan membantu kita dari segi masa yang tepat untuk membeli dan menjual.  Bagaimana anda ingin mengenali samada penurunan tersebut akan berterusan (downtrend) atau sementara (technical correction)? 
  • Mengetahui "business model" adalah mustahak sebelum membeli sesuatu saham untuk pelaburan, ini kerana "buy share mean buy business"...apakah "business model" untuk FGV, AirAsia, DRB dll...apakah yang dimaksudkan dgn "business model" itu?
  • Ahmad memegang saham YZ Berhad hampir setahun tetapi tidak mendapat dividen. Borhan yang faham tentang selok belok pelaburan saham membeli dan memegang saham selama sehari (overnight) sahaja tetapi layak mendapat dividen yang diisytihar dan diagihkan oleh syarikat. Mengapa Borhan layak mendapat dividen tetapi Ahmad tidak...sedangkan Ahmad memegang dalam tempoh yang jauh lebih lama?
  • Pakar-pakar pelaburan mengkategorikan saham mengikut kategori-kategori seperti growth stock, income stock, cyclycal stock, defensive stock, speculative stock, blue chip stock dan lain-lain. Di atas papan bursa saham ia tidak ditandakan mengikut kategori tersebut dan pastinya pelabur tidak mengenali. Namun ia adalah satu kelebihan jika seseorang pelabur boleh mengenali kategori sesuatu saham itu. Ini kerana saham berkenaan memerlukan strategi dan ketepatan masa yang berbeza dalam suasana pasaran dan ekonomi yang berbeza.  Apakah kategori saham yang sepatutnya anda beli ketika berlaku kelembapan ekonomi dan kemuncak ekonomi? Disektor manakah terletaknya saham-saham berkenaan?
  • Pesanan dari seorang legenda pelaburan saham bernama Warrent Buffet, penting seorang pelabur mematuhi peraturan ini...rule no. 1 - do not loose, rule no. 2 - do not forget rule no. 1...namun begitu dalam kemelesetan ekonomi tahun 2008 beliau sendiri telah menjual sebahagian saham-sahamnya dalam keadaan rugi dan melancarkan "switch straegy". Maka itu apakah yang dimaksudkan oleh beliau dalam pesanannya?
  • Buy signal dan sell signal dalam analisa teknikal adakalanya tulen dan adakalanya palsu. Kegagalan mengenal pasti yang mana tulen dan yang mana palsu akan memerangkap pelabur/trader. Bagaimana untuk mengesan yang tulen dan yang palsu?
  • Seorang pelabur mendapati harga saham yang dipegang telah meningkat sebanyak 100 peratus pada hari berkenaan berbanding harga semalam, lalu beliau meminta remisier menjualkannya kerana beliau mendapati akan mendapat keuntungan lumayan dengan bertindak demikian. Bagaimanapun dua hari kemudian pelabur tersebut telah dimaklumkan bahawa beliau telah menjual melebihi dari jumlah saham yang sedia ada dan didapati jumlahnya berkurangan sebanyak separuh daripada jumlah asal. Harapan beliau untuk mendapatkan keuntungan telah bertukar menjadi rugi. Mengapa beliau rugi? Jumlah saham yang kurang separuh itu sebenarnya bukan kehilangan tetapi persoalannya kemanakah perginya?
  • dan banyak lagi yang anda akan ketahui..... 

Thursday

DISKAUN

Peserta berpeluang mendapat diskaun seperti berikut;

1. RM100 untuk 5 pendaftaran pertama. 
2. RM50 untuk 10 pendaftaran berikutnya.
  • Peserta boleh tempahan awal untuk melayakkan diskaun tersenut dengan hanya bertindak seperti berikut;

    1. Membuat pendaftaran dengan membayar 'booking fee' sebanyak RM100.
Yuran penyertaan akan kembali kepada RM350 selepas kuota diskaun dipenuhi. .

Kami amat menghargai minat anda terhadap program ini…wassalam.


Wednesday

PANDUAN KE TEMPAT KURSUS


KUALA LUMPUR - Pusat Belia A/bangsa, Bandar Tun Razak, Cheras



PULAU PINANG - Universiti Sains Malaysia



 KUALA TERENGGANU - Perbadanan Perpustakaan Awam Terangganu



 JOHOR BAHRU - UTM SPACE, Taman Universiti, Skudai












BUTIRAN KURSUS

Tajuk

KURSUS DUNIA SAHAM
'KOMPREHENSIF - Asas, Fundamental, Teknikal'

K. Lumpur - 30hb Julai 2016 (Sabtu)
Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Cheras

Penang - 13hb Ogos 2016 (Sabtu)
Kompleks Eureka, USM

K. Lumpur - 27hb Ogos 2016 (Sabtu)
Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Cheras

J. Bahru - 3hb Sept. 2016 (Sabtu)
Open University Malaysia, Stulang, Johor Bahru

Masa
9.00 pagi - 5.00 petang

Yuran Penyertaan
RM350.00 seorang 
(termasuk makan/minum – pg, tgh, ptg & CD)

Diskaun sehingga RM100 hanya untuk 
para peserta terawal

* Penerimaan pendaftaran akan ditutup lebih awal jika kuota penyertaan telah mencukupi.

BAGAIMANA MENDAFTAR?

Bagaimana mendaftar?

Untuk mendaftar anda perlu melaksanakan langkah-langkah berikut;

1. Bank in yuran penyertaan ke akaun seperti di bawah. Anda boleh membayar penuh atau membayar 'booking fee' terlebih dahulu sebanyak RM100 sebagai jaminan tempat dan baki boleh dibayar sebelum atau semasa kursus.


2. Sms @ w/apps @ pm nama penuh, no. kad pengenalan, alamat email dan no. telefon bimbit.... Atau;

3. Isikan maklumat ke dalam Borang Pendaftaran & Penyertaan - Klik Di Sini  
 
Jika perlukan pertanyaan lanjut tentang pendaftaran, sila hubungi 013-7233600, sabrijal@gmail.com (Sabri Jalil)


Nama bank           :  RHB Bank Berhad
No. akaun             :  25127200006715
Penerima bayaran  :  SJ Consult & Management

Nota: 
Untuk melayakkan DISKAUN RM50 hingga RM100, peserta boleh membuat tempahan dengan membayar penuh atau membayar deposit sebanyak RM100.00 dengan bakinya boleh diselesaikan sebelum tarikh kursus.

SIAPA YANG PERLU HADIR?


  • Mereka yang mempunyai perancangan untuk menceburkan diri dalam pasaran saham @ pendatang baru tetapi tiada pengetahuan asas tentang pelaburan saham.
  • Pelabur masa kini yang ingin memperluaskan lagi pengetahuan dalam pasaran saham.
  • Agen kewangan (unit amanah, insuran/takaful dll) yang ingin menambahkan pengetahuan kewangan/pelaburan.

ISI KANDUNGAN KURSUS

Konsep Dan Istilah-Istilah Dalam Pasaran Saham

  • Kefahaman tentang konsep-konsep dan istilah-istilah yang wajib difahami oleh bakal pelabur dan pelabur. 
  • Kefahaman tentang aktiviti-aktiviti korporat seperti terbitan hak, terbitan bonus, pecahan saham, penyatuan saham – apakah kesannya terhadap harga saham? Dan apakah yang perlu pelabur lakukan?
Penilaian Saham (Secara Fundamental)
  • Menilai sesuatu saham adalah mustahak sebelum membeli saham sama seperti anda perlu membuat penilaian sebelum membeli rumah. 
  • Membeli saham yang kukuh dari segi kewangan adalah mustahak kerana saham seperti ini akan meningkat semula bila berlaku kejatuhan pasaran. 
  • Peserta kursus akan diterangkan bagaimana dan apa kriteria yang perlu diambil kira dalam menilai saham.
  • Peserta juga akan didedahkan bagaimana untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan mudah.
Analisa & Strategi Teknikal
  • Analisa teknikal akan memberi isyarat kepada pelabur tentang masa terbaik untuk membeli dan menjual saham.
  • Peserta akan diajar cara mudah untuk membaca dan memahami carta & petunjuk teknikal (5 petunjuk teknikal yang popular) bagi mendapatkan "buy signal" dan "sell signal" yang dicetuskan oleh sesuatu carta/petunjuk teknikal. 
  • 5 petunjuk teknikal ialah SMA, MACD, RSI, Stochastic dan RSI

  • Analisa trend, satu kaedah mudah yang perlu dikuasai oleh pelabur. Dengan menguasainya pelabur akan dapat mengesan trend yang sedang meningkat, menurun atau mendatar dan memberi kelebihan kepada pelabur tentang masa terbaik untuk membeli dan menjual dalam jangka masa pendek dan sederhana, malah memberi panduan kepada pelabur untuk bertindak lebih awal. 
Online Trading
  • Peserta akan ditunjukan bagaimana melaksanakan urusniaga secara online disamping akan diajar bagaimana mencari maklumat-maklumat penting tentang syarikat dan carta-carta melalui portal.
  • Portal yang disediakan ialah www.kentrade.com.my